Kucing Ini Berjaya Diselamatkan Selepas Menderita Penyakit Tiada Kelopak Mata Yang Menyebabkan Matanya Hampir Buta

Seekor kucing dengan penyakit mata yang serius akhirnya dapat melihat dengan sempurna selepas menjalani pembedahan mata. Bahkan, dia juga menjadi popular di China selepas fotonya sebelum dan selepas dimuat naik di atas talian.

Kucing bernama Fei Fei itu ditemui di atas jalan di Chengdu, China, oleh seorang pencinta haiwan yang kemudian membawanya ke klinik haiwan..

 

Kucing berani itu menderita entropion, satu kondisi dimana kelopak mata di bahagian atas dan bawahnya bergulung ke dalam – Yang boleh mengakibatkan radang dan akhirnya menjadi buta.

Doktor yang merawat Fei Fei memberitahu MailOnline bahawa kucing itu dibawa ke kliniknya pda April.

Doktor berkenaan menyifatkan Fei Fei sebagai seekor kucing yang popular selain mempunyai personaliti yang menarik.

“Ia mempunyai personaliti yang menarik dan sangat baik dengan semua orang. Ia juga tidak memilih dalam bab makanan dan selalu gembira.”

Menurut doktor itu, ketika Fei Fei tiba di kliniknya, keadaan kucing itu sangat serius dan sangat sukar untuk membuka mata.

Selepas membuat pemeriksaan, doktor itu berkata Fei Fei tidak mempunyai kelopak mata normal.

Klinik terbabit melakukan pembedahan mata untuk Fei Fei pada hujung Mei dan dibenarkan keluar pada Julai.

“Sekarang, Fei Fei boleh melihat lebih jelas dengan matanya yang menawan.” kata doktor itu.

Bagaimanapun, pembedahan itu bukan sahaja memulihkan penglihatan Fei Fei, tapi turut menjadikan kucing terbabit bintang internet.

Orang ramai memuji keberanian Fei Fei dalam menjalani pembedahan tersebut.

Fei Fei kini hidup gembira bersama dengan tuan barunya, yang juga seorang pelukis.

Add Comment