Wanita MAUT Selepas Tolong Kucing Terbiar Yang Sakit, Sebabnya Kucing Itu Dijangkiti Sengkenit

Seorang wanita Jepun meninggal dunia tahun lalu akibat penyakit sengkenit selepas digigit oleh kucing jalanan, lapor kementerian kesihatan Jepun, ianya merupakan kes pertama jangkitan haiwan mamalia kepada manusia.

Wanita yang berusia 50-an itu telah mengambil seekor kucing jalanan yang kelihatan sakit. Sepuluh hari kemudian, dia meninggal dunia akibat demam teruk di sebabkan Sindrom Thrombocytopenia (SFTS), yang dibawa oleh sengkenit.
Walaupun tiada gigitan sengkenit dikesan, doktor menganggap penyakit itu dijangkiti melalui kucing. “Tiada laporan mengenai kes jangkitan manusia ke manusia telah dibuat setakat ini,” kata seorang pegawai Kementerian Kesihatan Jepun kepada agensi berita AFP.

“Ia masih tidak mengesahkan virus itu datang dari kucing, tetapi mungkin ia merupakan kes pertama,” kata pegawai itu. SFTS adalah penyakit berjangkit yang baru muncul di China, Korea dan Jepun.
Virus ini dikatakan mempunyai kadar kematian hingga 30% dan sangat bahaya pada orang yang berumur lebih daripada 50 tahun.

Menurut media Jepun, SFTS pertama kali berlaku di negara ini pada tahun 2013. Kementrian kesihatan Jepun berkata kematian tahun lalu masih merupakan kes yang jarang berlaku tetapi memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika berhubungan dengan haiwan yang dalam keadaan fizikal yang tidak baik.
Secara global, gigitan sengkenit secara meluas dikaitkan dengan penularan penyakit Lyme yang boleh menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian jika tidak dirawat.

Sumber:-BBC.Com Via Sempoi Viral

Add Comment