Walaupun Cacat Merekalah Pejuang Islam Yang Berperang Di Barisan Hadapan Demi Mempertahankan Baitulmuqaddis

MESKIPUN cacat anggota tidak menghalang penduduk Palestin menyertai ribuan saudara mereka menyertai tunjuk perasan dan bantahan terhadap Israel selepas Amerika mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Zionis.

Penunjuk perasaan yang tiada kaki itu disorong menggunakan kerusi roda oleh saudara dan rakan ketika menyertai bantahan berhampiran sempadan Israeli di Shuja’iyya, Gaza, Jumaat lalu.

Lelaki yang tidak diketahui itu menggunakan lastik untuk melempar batu ke arah anggota keselamatan Israel tanpa mempedulikan keselamatannya dengan kemungkinan ditembak.

Pada 15 Disember lalu, tentera Israel menembak mati seorang penunjuk perasaan berkerusi roda di Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Ibrahim Abu Thurayeh, 29, yang tiada kaki, ditembak ketika menunjuk perasaan di timur Gaza dan dikejarkan ke Hospital al-Shifa namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Jumaat lalu, kementerian itu mengesahkan dua lagi penduduk Palestin terbunuh.

Seorang darpadanya ialah Zakariya Al-Kafarneh, 24, yang ditembak di dada manakala mangsa kedua belum diumumkan namannya.

Tindakan penduduk Palestin melempar batu dan bom petrol dianggap rusuhan ganas oleh Israel yang membolehkan anggota keselamatannya melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup.

Mereka yang ditahan kerana membaling batu atau bom petrol itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

Sejak Presiden Donald Trump mengumumkan pengiktirafan Baitiulmaqdis sebagai ibu negara Israel itu, 10 penduduk Palestin terbunuh, puluhan cedera dan ratusan lagi ditahan.

Sumber: HARIAN METRO

Add Comment