(VIDEO) Reaksi Lucu Si Kucing Yang Terkejut Dengan Tingkah Laku Baby, Yang Last Tu Paling Kelakar

Kucing tidak dapat dinafikan boleh dilabel sebagai makhluk yang sangat comel. Begitu juga dengan seorang bayi. Jika digabungkan dalam satu babak, pastinya akan menghasilkan kombinasi ‘kecomelan’ yang sangat luar biasa.

Paparan hebat ini boleh dilihat menerusi video ini di mana ianya dibintangi oleh seorang bayi dan seekor kucing yang kelihatan samar dan keliru dengan reaksi bayi tersebut.

Tidak pasti dengan apa yang berlaku di sebelahnya, kucing penyayang ini sangat keliru tentang apa yang dilakukan oleh bayi kecil tersebut.

Apabila bayi kecil itu cuba mencapai kucing tersebut, haiwan berbulu itu cuba elakkan diri dari dicapai bayi tersebut.

Kucing tersebut mahu rapat dengan bayi tersebut, tetapi dalam masa yang sama dia tertanya mengenai tindakan bayi tersebut di dalam pemikirannya. “Adakah selamat untuk aku dekat dengannya,” barangkali itu yang difikirkan kucing tersebut.

Kemudian bayi tersebut kian mendekatinya dan terjadi sesuatu kepada kucing tersebut.

Apa yang berlaku bakal membuatkan anda tertawa. Kesian kucing malang tersebut!

Sumber: Era Baru

 

 

Add Comment