‘Tuan Tolong Bagi Saya Masuk, Saya Janji Tak Akan Kacau Tuan’

Siapa sahaja pasti mengalami kesukaan untuk bangun daripada tidur pada awal pagi, terutama bagi mereka yang tidur lewat pada malam sebelumnya.

Pastinya sangat berat untuk membuka mata dan turun daripada katil bagi meneruskan aktiviti sehari-harian. Jam loceng yang anda miliki mungkin hanya berfungsi sebagai hiasan atau mungkin bunyinya tidak lagi mampu mengejutkan anda daripada tidur malah anda menjadikan anda lebih mengantuk!

Berbeza bagi keluarga ini, dengan memiliki jam loceng semula jadi mereka tidak akan boleh tidur lagi pada hari Ahad! Anda mungkin tertanya-tanya mengapa…

Mereka sebenarnya mempunyai seekor kucing yang akan memastikan mereka akan bangun seawal jam 5 pagi setipa hari!

Alangkah beruntungnya anda jika anda juga memiliki haiwan peliharaan yang akan mengejutkan anda setiap hari. Anda tidak lagi perlu risau jika jam loceng anda rosak. Anda memiliki sebuah ‘jam loceng’ yang tidak akan rosak!

Haiwan peliharaan anda tidak hanya mengejutkan anda untuk bangun pagi, malah mereka juga dapat memberitahu anda untuk melakukan sesuatu yang mungkin anda terlupa.

Dengan melihat kepada melalui tingkah laku mereka, anda akan mendapat petunjuk tentang sesuatu yang mungkin anda terlepas pandang seperti masa untuk bangun, masa untuk makan, masa untuk tidur dan lain-lain lagi.

Tonton video di bawah dan akan pasti akan tersenyum lucu melihat bagaimana kucing ini megejutkan tuannya daripada tidur. Dia mungkin sudah lapar dan mahukan sarapan paginya!

Sumber: www.erabaru.com.my

 

 

Add Comment