Tompokan Putih Ini Adalah Penyakit Kulit Yang Merosakkan Sel Kulit Kucing Ini

Vitiligo merupakan penyakit kulit yang menyebabkan kulit menjadi bertompok-tompok. Ini terjadi kerana sistem imunisasi badan yang rosak dan menyerang sel kulit yang memberikan warna kepada kulit, yang juga dikenali sebagai melanocytes.

Sebanyak satu peratus daripada populasi dunia – dalam anggaran 50 juta manusia, yang direkodkan mempunyai vitiligo. Walaupun lebih ramai manusia yang menghidapi penyakit kulit ini, ianya juga boleh dihidapi haiwan.

Dan ianya boleh dihidapi oleh pelbagai jenis haiwan, contohnya, kucing, anjing, burung dan juga zirafah. Lihat koleksi gambar di bawah untuk saksikannya. Tompokan mereka membuatkan haiwan-haiwan ini kelihatan lain daripada yang lain, malah, ada yang nampak semakin comel.

Sumber: ERA BARU

Add Comment