Tindakan Menteri Kencing Berdiri Tepi Jalan Terkantoi Apabila Seorang Netizen Berjaya Merakam Perbuatan Tersebut

Mumbai: Kecoh apabila seorang ahli politik India terkantoi apabila videonya yang sedang membuang air keicl di kawasan awam menjadi viral di negara terbabit.

Lebih memeritkan kejadian itu berlaku pada Hari Tandas Sedunia sewaktu kerajaan berusaha untuk menghentikan amalan yang sama di negara terbabit.

Ahli politik itu, yang juga seorang menteri, dirakam sedang kencing di tepi jalan pada Sabtu.

Video berkenaan tular di internet hari berikutnya.

19 November adalah Hari Tandas Sedunia yang diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai risiko kesihatan disebabkan kekotoran tandas.

Ahli politik itu bagaimanapun mempertahankan tindakannya itu.

Bila anda perlu membuang, anda perlu melakukannya.

Saya membuat kunjungan tanpa henti sejak sebulan lalu untuk skim Jalyukta Shivar,” dia memberitahu Press Trust of India (PTI), merujuk kepada program pemuliharaan air.

Perjalanan berterusan dengan suhu tinggi dan berdebu membuatkan saya sakit.

Saya demam dan tidak menjumpai tandas, saya terpaksa membuang air kecil di kawasan terbuka,” ujarnya.

Sumber: mStar Online.

Add Comment