Tergamak Kamu Derma Makanan Basi Yang Berusia 46 Tahun Yang Lepas

TERGAMAKNYA…kakitangan bank makanan di Cardiff, Wales dikejutkan dengan individu yang tidak berperikemanusiaan yang sanggup menderma makanan dalam tin yang berusia 46 tahun.

Ia merupakan tin sup jenama Heinz yang berusia 46 tahun dan tin mengandungi jagung berusia 35 tahun.

Jenama sup berkenaan juga sudah tiada di pasaran. Ia merupakan barang-barang derma paling lama yang pernah diterima oleh bank makanan itu.

Ia dipercayai diderma oleh seseorang bersama makanan lain selepas membersihkan rumahnya.

“Kelakarnya, adakah saya akan makan sup itu? Sudah tentu tidak,” kata kakitangan bank makanan Cardiff, Helen Bull.

Helen turut menyelar sikap penderma yang cuba berlagak baik tetapi malangnya ketika mereka mahu membersihkan almari mereka, mereka langsung tidak memeriksa tarikh makanan berkenaan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Add Comment