Tengah Malam Bunyi Orang Ketuk Pintu, Bila Dibuka Tiada Sesiapa Tiba Tiba Pandang Bawah

Waktu tengah malam terdengar suara baby nangis kat luar rumah, saya mengambil langkah drastik untuk mengintai daripada tingkap, namun tiada sesiapa di luar rumah.

Lalu saya cuba membuka pintu apabila suara itu tetap menangis, tiba tiba ada sesuatu memegang kaki ku. Allahu comelnya tengok baby ni tercegat kat depan rumah, mula-mula seram juga malam-malam ada pulak sihitam ni kat depan rumah, khuatir itu adalah jin.

Image may contain: indoor

Dengan tiba tiba suami kata bawa lah masuk anak kucing maaln itu, di luar sedang kesejukan dan dia juga tampak kelaparan. Aku memberinya makan minum kesian melihat tubuh badannya yang keding dan bulu yang nipis mesti sejuk di luar dah lah malaysia sekarang musim sejuk.

Lepas bagi makan dan minum dia terus tidur, suami namakan dia sebagai BURN dan automatik jadikan dia anak angkat. Welcome BURN maaf ya kalau rumah kami serba kekurangan, apa pun awak punca pembawa rezeki kami

Kredit: Lieza Kamarudin

Add Comment