Tanda Kiamat… Padang Pasir Dilitupi Salji

Sekali lagi, Gunung Gurun diliputi oleh salji dan ini merupakan kali ketiga gurun terbabit mengalami salji dalam masa 40 tahun.

Menurut laporan dari Independent.co.uk, gurun terbabit diliputi salji selepas salji mulai turun di bandar Ain Sefra di Algeria pada pagi Ahad seterusnya menyebabkan kawasan-kawasan di gurun terbabit diliputi salji sehingga setebal 16 inci.

Bagaimanapun salji itu tidak tahan lama apabila ia mula mencair pada sekitar jam 5.

Ini merupakan kali ketiga dalam masa 40 tahun bandar yang dikenali sebagai “Pintu ke Gurun” itu mengalami salji.

Sumber: SIAKAP KELI

Add Comment