Takziah Untuk Memeng, Terima Kasih Allah Pinjamkan Memeng Untuk Saya

Tenanglah kamu di sana wahai memeng kucing kesayanganku. Abang merindui kamu sangat-sangat setelah setahun Allah memberi pinjam kamu ke pada abang dan akhirnya kamu kembali kepadanya.

Dulu masa first time abang menjumpai kamu, masa itu sedang hujan dan abg nampak kamu berjalan ke hulur hilir mengejar orang nak meminta makan namun tiada sesiapa yang mempedulikan kamu.

Tak tahu kenapa pada hari itu abangg tergerak hati untuk mengambil kamu padahal masa tu abang takut sangat dengan kucing sehinggalah kamu yang membuat abang jatuh hati pada makhluk Allah yang paling comel ni iaitu kucing.

Image may contain: cat

Image may contain: cat and text

Macam-macam abang telah usahakan untuk membesarkan kamu, abg bawa kamu berjalan ke sana sini untuk membuat kamu rasa happy dan bahagia.

Setiap hari kamu menemani abang, bila abang ada masalah dan stress kamu Memeng lah yang membuat abang tersenyum. Hanya Allah yang tahu bertapa sayangnya abang pada kamu memeng.

Semalam akhirnya kamu tewas setelah hampir sebulan melawan sakit yang kamu hadapi. Abang menjumpai kamu waktu hujan dan waktu hujan juga lah kamu kembali ke rahmatullah wahai sayangku.

Kamu sudah membawa rahmat dalam hidup abang. Maafkan abang meng sebab tak dapat melakukan yang terbaik untuk selamatkan kamu. Tak apalah abg redha atas pemergian kamu wahai sayang, nanti kat sana jumpa coco dan elsa tau jaga dowang k. I love u memeng sampai bila-bila, lepas ni dah tak ada kucing yang sentiasa menunggu kepulangan abang dihdapan pintu rumah ?- Syahadat Jafri

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

 

Add Comment