Suhu – 18°C, Kucing Ini Hampir Mati Beku Dan Degupan Jantungnya Amat Lemah

“Suhu di bawah takat beku selama berminggu-minggu dan kesejukan angin di bawah 0 darjah F (-18 darjah C),” tulis lelaki itu, bersama video berjudul “Saving Elsa, the Frozen cat/kitten” yang dimuat naik ke saluran familytime di YouTube.

Kucing tersebut tidak dapat bergerak dan kelihatan tidak bermaya sehingga guru tersebut melihat salah satu kakinya bergerak sedikit.

Walaupun kucing itu masih hidup, namun dia tidak pasti jika kucing itu masih ada harapan untuk hidup. Walau bagaimanapun, guru yang baik hati itu mengambil kucing tersebut dan membawanya ke dalam rumahnya.

Dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa kucing tersebut, lelaki itu memandikan kucing tersebut dengan air hangat.

Selepas dimandikan, lelaki itu mendapati kucing itu mula menunjukkan tanda-tanda positif.

Setelah kucing tersebut dibaluti dengan tuala, ia mula mengiau ‘Meow’.

Lelaki itu memberikan kucing tersebut minum secawan air, dan selepas kira-kira enam jam berehat, ia akhirnya kelihatan semakin baik.

Kucing itu selamat dan sudah dapat berjalan.

Ia diberikan nama Elsa, sempena nama ratu ais Disney dalam filem Frozen.

Lelaki itu kemudian membawa Elsa berjumpa doktor haiwan. Doktor mengesahkan ia berada dalam keadaan baik.

 

“Rasa lebih baik?” Lelaki itu bertanya kepada Elsa pada akhir video.

“Elsa, saya sayang kamu,” katanya.

Video Elsa yang hampir beku dan diselamatkan daripada ambang kematian telah menarik perhatian lebih daripada 3 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada 3 Mac 2015.

Mujur kucing ini dijumpai oleh seorang guru yang bertanggungjawab!

Niat murni guru tersebut telah menyentuh hati ramai penonton video itu.

Tonton video tersebut di bawah:

Mujur kucing ini dijumpai oleh seorang guru yang bertanggungjawab!

Niat murni guru tersebut telah menyentuh hati ramai penonton video itu.

Tonton video tersebut di bawah:

Sumber: ERA BARU

Add Comment