Sufian Suhaimi Pun Boleh Nangis Bila Dengar Lagu Lelaki Ini

Karya pemuzik dari negara seberang, Indonesia tidak disangkal lagi cukup berhantu dan kena dengan jiwa pendengar Malaysia. Tidak hairanlah ramai penyanyi negara seribu pulau itu diterima baik oleh penggemar muzik tempatan sehingga hari ini.

Bukan hanya penyanyi profesional, rakyat biasa Indonesia pun tidak kurang hebat suara dan lagu mereka. Viral di media sosial satu video lagu duet yang begitu meruntun hati netizen sehingga meraih ratusan ribu perkongsian di Facebook.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki dengan suara dalam ala Chakra Khan menjadi penyanyi utama sambil memetik gitar merah jambu sebagai instrumen. Turut mengiringi nyanyiannya adalah seorang teman dengan tudung merah hati yang tidak kurang hebat melantunkan vokal berpadu suara.

Antara lain lirik lagu itu menceritakan kisah pedih ditinggalkan kekasih setelah lama bercinta. Lebih menyayat hati, penjiwaan lelaki itu membuatkan lagu berkenaan cukup menyentuh dan membuatkan netizen terkesan dengan penderitaan yang dialaminya.

Kalau makan bubur sambil dengar terasa macam batu buburnya

Lirik paling menikam kalbu

Sumber:  OH BULAN

Add Comment