Subhanallah, Jurugambar Berjaya Menangkap Gambar Burung Red Phoenix

Baru-baru ini, sebuah kampung yang hanya mempunyai 4 keluarga yang tertelak 1 kilometer dari Taman Negara Gannan di Sanmenxia City, Wilayah Henan menjadi tempat tarikan pelancong yang sangat popular. Ini disebabkan oleh kemunculan kumpulan burung ‘Red Phoenix’ atau lebih dikenali sebagai Golden Pheasant.

Kumpulan burung ini telah menarik perhatian jurugambar di seluruh dunia untuk datang mengambil gambar burung yang sangat cantik ini.

Sekumpulan burung ini keluar mencari makanan pada musim sejuk. Burung ini adalah spesies burung yang istimewa di China. Gaya rambut berwarna emas mereka adalah unik. Dahi dan kepalanya mempunyai bulu yang nipis dan panjang keemasan sehingga ke lehernya membuatkan mereka kelihatan sangat cantik.

Mereka akan menari, bermain, mempamerkan warna badan yang unik dengan mengepakkan sayap dan mempamerkan ekor yang panjang dan cantik.

Apabila burung jantan dan betina mahu mengawan, burung jantan akan terus menggoyangkan ekornya yang panjang. Berlatar belakangkan salji putih, ia menyerlahkan lagi warna-warna mereka yang berseri. Sedap mata memandang.

Burung jantan mempunyai bulu berwarna terang dan kepala berwarna emas. Bahagian atas badannya berwarna hijau gelap dan selebihnya berwarna emas. Di bahagian belakang lehernya berwarna jingga dan sayapnya dilapisi dengan bulu berwarna hitam. Bahagian bawah badannya berwarna merah dan ekornya berwarna hitam dengan bintik berwarna keemasan.

Kepala dan leher burung betina berwarna coklat dan selebihnya berwarna kuning kecoklatan dengan garis berwarna coklat gelap di tubuhnya.

Semasa mengawan, burung jantan akan memaparkan bulu cantiknya. Ia akan kelihatan lebih berwarna-warni dan elegan. Warna bulunya mempunyai campuran yang baik, merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. Ia adalah burung hiasan terkenal di China dan banyak negara lain. Ia termasuk dalam senarai haiwan terancam di China.

Selama bertahun-tahun kualiti alam sekitar Gunung Gan menjadi lebih baik. Dengan keprihatinan pihak berkuasa tempatan dan penjagaan kumpulan burung ini, jumlah burung jenis ini semakin meningkat. Sebelum ini hanya terdapat sedozen burung, kini angka melebihi beberapa ratus.

Jurugambar mengambil gambar-gambar ‘Red Phoenix’ yang mempersonakan. Terdapat 4 lokasi di China di mana kumpulan burung ini tinggal, populasi burung ini agak besar di China.

Burung-burung ini berdiri dengan bangga di atas dahan pokok. Bulu kepala burung jantan ini panjangnya membentuk mahkota emas yang menutupi bahagian belakang lehernya. Ia adalah satu-satunya burung dengan rambut emas sehingga menjadikannya unik dan sangat menarik.

Mereka sangat berjaga-jaga dan bersifat pemalu sehingga sangat sukar untuk mendapatkan gambaran sempurna burung-burung ini.

Sumber: Era Baru

Add Comment