Subhanallah, Baru Berumur 4 Tahun Tapi Sangat Lancar Membaca Alquran

SEJUK mata yang memandang, sejuk lagi perut ibu yang mengandungkan anak kecil yang cerdik ini.

Kisah menarik ini dikongsi seorang guru tadika dikenali sebagai Wieyna Syazwina setelah memuat naik satu video anak muridnya bernama Muhammad Ahnaf yang lancar membaca Al-Quran.

Muhammad Ahnaf seorang pelajar pintar. Pada usia empat tahun, dia sudah boleh membaca Al-Quran dengan fasih.”

Semoga membesar menjadi anak yang soleh, pandai dan berjaya di masa hadapan ya sayang,” tulis Wieyna di posting tersebut.

Wieyna bukan sahaja memuat naik video Ahnaf, dia juga sering memuat naik video beberapa pelajar lain yang lancar membaca buku pembelajaran sama seperti Ahnaf.

Mungkin Wieyna ini boleh dikategorikan sebagai pendidik bangsa yang berjaya mendidik anak kecil sehingga fasih membaca dengan lancar.

Ahnaf bukan sahaja pandai membaca Al-Quran, tapi kanak-kanak pintar ini juga lancar membaca buku pembelajaran di prasekolah yang terletak di Alor Setar, Kedah itu.

Apalah yang ibu bapa kanak-kanak ini ajar pada dia sampai boleh jadi bijak macam tu sekali.

Ibu bapa Ahnaf, Zakiroh Bukhari dan Mohamad Safarin telah berjaya mendidik anak mereka dengan ilmu akhirat ini.

Agak susah untuk kita lihat kanak-kanak yang berusia empat tahun dapat membaca buku dan Al-Quran dengan fasih. Banyak makan kismis ke dik?

Video itu telah dimuat naik oleh Wieyna sejak September yang lalu dan sehingga kini video tersebut masih mendapat perhatian netizen.

Ramai netizen tumpang gembira melihat keletah Ahnaf itu. Videonya sedang mengaji juga telah tular di Facebook dan ramai netizen telah memuji anak kecil ini.

Zakiroh dan Safarin juga telah mendapat pujian yang tak terhingga kerana mereka telah berjaya mendidik anak kecil itu.

Diharapkan anak kecil ini akan menjadi seorang anak yang soleh dan mendengar kata ibu bapanya serta menjadi contoh kepada yang lain.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Add Comment