Staf Air Asia Memohon Maaf Dengan Mencium Bagasi Penumpang

PETALING JAYA: Beberapa gambar menunjukkan kakitangan AiraAsia yang mengendalikan bagasi ‘mencium’ barang-barang daftar masuk, tular di media sosial.

Ia susulan insiden syarikat penerbangan tambang rendah itu baru-baru ini dikritik selepas tular video mengenai pekerja di bahagian berkenaan mencampakkan basikal milik penumpang.

Pengguna Facebook, Mohd Amir Izzat memuat naik 20 gambar pengendali bagasi syarikat penerbangan itu yang mencium bagasi penumpang sambil mempamerkan senyuman.

DEAR BAG," DOESN'T MATTER HOW WEIGHT IS THE BAG WAS, WE WILL HANDLE WITH KISS AND CARE……LOVE YOU BAG??We all…

Posted by Mohd Amir Izzat on 25hb Mac 2018

Mohd Amir berkata, tidak kira seberat mana bagasi itu, ia akan dikendalikan dengan “cium dan dijaga rapi”.

“Kami memohon maaf di atas semua kesilapan kami sebelum ini,” katanya menerusi satu posting pada Isnin lalu.

Kejadian di mana kakitangan AirAsia mencampakkan basikal itu milik penumpang bagi penerbangan dari Kaohsiung, Taiwan ke KLIA2.

Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernades memohon maaf di atas kecuaian pekerjanya di bahagian bagasi berhubung kejadian itu.

Tony sebelum ini berkongsi satu posting di Instagramnya menunjukkan beliau meminta kakitangannya di bahagian bagasi supaya ‘mencium’ bagasi penumpang.

Sumber: mStar

Add Comment