Siapa Yang Langgar Serah Dirilah, Ni Kes Langgar Lari

REMAJA,19, maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dilanggar lari di Jalan Alor Setar-Yan-Bedong berhampiran Simpang ke Sungai Daun, Yan, hari ini.

Mangsa, Muhammad Firdaus Ahmad Pesol yang berasal dari Penaga, Pulau Pinang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Yan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, Pejabat Pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan menerima panggilan dari Hospital Yan memaklumkan kematian mangsa penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan kira-kira 4.20 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Alor Setar menghala ke Sungai Petani.

“Sebaik tiba di tempat kejadian motosikal mangsa dirempuh dari belakang lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik di sebelah kiri jalan.

“Berdasarkan siasatan, kita percaya kes ini adalah kes langgar lari kerana hanya mangsa dan motosikalnya saja ditemui di lokasi kejadian,”katanya.

“Pemandu kereta dan jenis yang belum diketahui dipercayai meninggalkan tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Halim berkata, polis kini giat menjejaki kereta yang terbabit dalam kemalangan itu.

Justeru, polis meminta kerjasama pemandu terbabit atau orang awam yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Daud Arshat dia talian 0148622652

Atau Ipd yan ditalian 044655222,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO

Add Comment