Siapa Yang Kaya Saya Gemuk, Ini Bukti Saya Kurus Tau

Tidak ada antara kita yang suka digelar gemuk, haiwan juga begitu. Anjing dalam video ini nampaknya agak berang apabila dianggap gemuk oleh tuannya. Untuk menyangkal tanggapan tuannya, lihat sahaja lah apa yang dilakukannya. Dia nampaknya tidak mahu mengalah, dia perlu membuktikan bahawa dia tidaklah segemuk seperti yang difikirkan.

Dia telah berusaha melepaskan diri daripada pagar di depannya. Pada mulanya jika dilihat dia sepertinya tidak mampu untuk melepas pagar itu dek kerana tubuh gempalnya, tetapi dia sepertinya tidak berputus asa untuk memastikan dia berjaya lepas daripada paga tersebut.

“Sebentar! Kamu lihat sahaja lah nanti, saya boleh melepas pagar ini. Saya boleh!”

“Lihat! Saya telah buktikan yang saya tidaklah segemuk mana. Saya tetap dapat melepasi pagar ini!”

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment