Siapa Suruh Gaduh, Kan Dah Kena Jual Di Thailand

Menurut Wartawan Syafik Di Thailand, Akibat pergaduhan di Taman Awan, dua ekor pemuda kucing ditahan reman selama 4 hari berkuatkuasa serta merta. Menurut Pegawai Polis Daerah, Supt. Meor, ‘Punca sebenar pergaduhan masih disiasatan, namun siasatan awal kami kes ini melibatkan perebutan janda taman’.

No automatic alt text available.

Suspek diberkas oleh kucing awan yg kebetulan berjogging di kawasan sekitar sebelum menghubungi pihak berkuasa. Kes distifikasikan sebagai dendam lama jika sabit kesalahan kedua dua suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga (3) bulan dan denda meow meow 10k. Berita lanjut…dapatkan Harian Metro hari ini..

Image may contain: car and outdoor

Tampak kekesalan di wajah mereka kerana memulakan pergaduhan, kini mereka telah ditangkap dan khabarnya bakal dilelong ke luar negara. Berita JOKER dari KPKM

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Menurut laporan media, ikan lumba-lumba pertama ditemui pada 29 Disember 2017 manakala seekor lagi dijumpai semalam, 4 Januari. Ikan lumba-lumba pertama ketika ditemui sudah reput.

The Star Online melaporkan kedua-dua ikan lumba-lumba ini ditemui ditempat yang sama dikawasan belakang sebuah hotel di Tanjung Bungah. Menurut aktivis alam sekitar Andrew Ng Yew, dia telah mengarahkan nelayan dan persatuan penduduk untuk memaklumkan kepadanya jika mereka menemui sebarang makhluk laut yang terdampar supaya dia dapat memaklumkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah untuk mewujudkan lebih banyak kesedaran khususnya pihak berkuasa untuk menyiasat punca-punca berlakunya kematian makhluk ini”

Pensyarah Kanan Dr Leela Rajamani dari Pusat Kajian Marin dan Pantai Universiti Sains Malaysia mengesahkan bahawa lumba-lumba yang mereput adalah ‘Humpback Indo-Pasifik’.

Tambah beliau lagi, spesis humpback merupakan spesis utama di Pulau Pinang. “Kami melihat mereka sering berkeliaran di sekitar pulau dan dilihat bersama kumpulan besar menuju ke utara, barat dan selatan pulau itu”.

“Bedah siasat perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian mereka, kami mencari kos biaya dan makmal yang lengkap diperlukan untuk melakukan post-mortem”.

Sumber: Siakapkeli.my

Add Comment