Siapa Sangka Si Comel Ini Sanggup Gadaikan Nyawa Demi Menyelamatkan Keluarganya

Mungkin ramai yang beranggapan kucing akan bertindak agresif terhadap ancaman kerana sifat lumrahnya ialah mempertahankan kawasannya.

Ya, anda tidak salah kerana kucing sama seperti harimau juga, mempunyai sifat mengawal kawasan miliknya.

Bagaimanapun tindakan yang ditunjukkan oleh kucing bernama Delta ini sebenarnya begitu besar pengorbanannya.

Delta secara tidak langsung telah menyelamatkan keluarga pemiliknya daripada bahaya binatang berbisa seperti ular.

Dari pengalaman kami sendiri, seekor kucing itu sememangnya sanggup berjuang demi mempertahankan tuannya jika ia dibela kita dengan penuh kasih sayang

Seorang pengguna Facebook memuat naik status tentang kucingnya yang dinamakan Delta telah menyelamatkan mereka sekeluarga daripada ular tedung KING COBRA yang cuba masuk ke rumah.

Delta ternampak si ular cuba untuk menyelinap masuk ke dalam rumah dan dia tanpa teragak-agak terus menyerang ular tersebut. Dia menyepak dan menyakar muka si ular ke tanah sampai penyek kepala ular tersebut.

Walaupun Delta menang berlawan dengan si Ular tapi dia tetap berharap kucing kesayangannya tidak cedera terkena bisa ular. Dia takut semburan bisa ular tersebut menghakis kulit Delta lalu meracuni seluruh anggota Delta.

Pengajaran daripada kisah ini, jangan pernah merungut nak bagi kucing kita makan. Walaupun setiap hari kita keluarkan makanan dan minuman untuk dia secara percuma mana lah tahu satu hari nanti dia yang akan jadi penyelamat untuk kita. Seperti Delta sanggup bertaruh nyawa untuk selamatkan tuan dia.

Walaupun bukan haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular tedung, makhluk perosak seperti lipas, cicak, tikus dan sebagainya yang menggelikan kita bakal dikejar dan dimakan oleh kucing kesayangan anda.

Terima kasih Delta, rumah ini dah lah ramai budak-budak yang tinggal. Sekali lagi terima kasih penyelamat ku Delta tak akan aku lupakan jasamu

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment