Setiap Hari Si Kucing Akan Menunggang Kuda Dan Masuk Ke Dalam Hutan

Louis adalah seekor kucing siam yang baru berusia enam tahun, walaupun begitu dia terkenal kerana memiliki lesen keahilan khusus untuk menaiki kuda, dia adalah pakar penunggang kuda.

Dia bukan sahaja mampu naik ke atas punggung kuda yang sedang diam, tapi louis mampu menunggangi kuda yang sedang berjalan bahkan berlari. Louis gemar mengembara bersama sahabatnya Komet seekor kuda spesies Connemara Pony.

Emma Massingale adalah pemilik kepada kuda dan kucing itu, dia gemar membuat video lawak berkaitan Aktiviti Louis dan Komet, videonya berkaitan Louis yang sedang duduk menunggang di atas Komet.

Apabila Komet keluar daripada kandang kuda, mereka berdua akan berjalan-jalan memasuki hutan bersama sehingga 10km jarak yang mereka luangkan masa bersama.

Mereka berdua akan menikmati pemandangan indah di sepanjang jalan, melalui jalan tanah hingga menyeberangi sungai yang berair jernih.

Walaupun mereka pergi tersangat jauh ke dalm hutan, sedikit pun Emma tidak bimbang kuda dan kucingnya mungkin tersesat. Sebab setelah mereka puas mengembara, Komet dan Louis akan pulang kembali ke rumah tanpa sesat.

Emma Massingale adalah seorang pelatih kuda profesional. Emma dikenali sebagai minah salleh pertama mengembangkan bahasa yang sangat dipahami oleh kuda. Bahasa tersebut dapat digunakan untuk berkomunikasi dengan kawanan kuda dimana sahaja, sehingga mereka bisa melakukan latihan manuver yang kompleks sebagai sebuah pasukan  Wow, hebat ya!

Mari kita lihat Video Komet Dan Louis

The Purrrfect Ride! – YouTube

Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment