Setelah Bersenam Selama 2 Bulan, Little P Menjadi Semakin Gemuk, Boroi Dan Buncit

Little P ialah seekor kucing gemuk yang terasing kerana menghidapi sejenis penyakit kucing. Usianya baru menginjak setahun tetapi saiz badannya hanya sekecil kucing yang berusia 3 hingga 4 bulan sahaja. Namun anda pasti tidak percaya yang kucing ini mempunyai perut yang buncit dan boroi!

Walaupun kenit, namun berat badan Little P mencecah 7 kg dan perutnya yang boroi hampir menyapu lantai ketika ia berjalan.

Pemilik Little P sentiasa mencari jalan dan memikirkan kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan Little P dengan mengurangkan kadar pengambilan makanan hariannya. Namun tabiat harian kucing ini sendiri hanyalah makan dan tidur sepanjang hari sekaligus menjadikan ia semakin malas. Malah, Little P juga malas bergerak. Jadi, tidak hairanlah jika sifat malas melampaunya berterusan menggemukkan diri walaupun hanya minum air sahaja!

Pada satu hari, pemilik Little P memutuskan untuk memulakan jadual menguruskan badan kucing gemuk itu iaitu dengan membawanya bersiar-siar bagi menambah kekerapannya bergerak!

Pada awalnya, Little P menunjukkan minat dan memberi kerjasama dengan baik apabila ia rajin berjalan ke hulu ke hilir.

Tetapi hanya selepas beberapa langkah ia terus merebahkan diri ke lantai untuk berehat.

Ia kemudiannya berdengkur seolah-olah memberitahu pemiliknya yang ia penat bergerak dan mahu dikendong.

Itulah yang terjadi kebanyakan masa apabila pemiliknya membawanya ‘bersenam’.

Little P sering mengeluarkan bunyi minta didukung dan mahu terus bersiar tetapi ia mahu dibaringkan di dalam bakul basikal. Ia juga merayu agar diberikan makanan ringan.

Akhirnya, kaedah tersebut hanya membuatkan Little P menjadi semakin malas dan satu-satunya orang yang mendapat manfaat daripada jadual menguruskan badan ialah pemilik Little P.

“Hei si pemalas! Awak langsung tak nak bergerakkah apabila ada basikal? Saya pula yang penat asyik mengayuh tak henti-henti,” pemilik Little P mengomel.

Selepas 2 bulan melalui regim menguruskan badan, Little P langsung tidak kurus malah berat badannya semakin bertambah!

Sekali lagi, program menguruskan badan si kucing gemuk Little P menemui kegagalan! Namun, pemiliknya masih belum mengalah, dia akan mencari kaedah lain untuk menurunkan berat badan Little P. Ianya penting untuk memastikan haiwan peliharaan berada pada berat badan normal untuk mengelakkan komplikasi kesihatan.

Little P – pemalas tetapi berselera besar!

Sumber: ERA BARU

Add Comment