Seorang Lelaki Menyangka Dia Menemui Kucing Terbiar, Namun Apabila Kucing Itu Telah Dewasa

Sebuah keluarga di Thailand telah menemui seekor anak kucing di tengah jalan, hadapan rumah mereka. Anak kucing tersebut kelihatan seperti anak kucing jalanan yang biasa, namun pakar mengatakan ia bukan spesies biasa.

Apabila mereka melihat anak kucing itu dengan teliti, mereka akhirnya sedar ia bukan anak kucing spesies biasa. Mereka memanggil Pasukan Penyelamat Hidupan Liar Thailand (WFFT) untuk mendapatkan bantuan dan kepastian.

Setibanya pasukan penyelamat tersebut, mereka terkejut apabila melihat anak kucing itu. Anak kucing itu sebenarnya adalah daripada spesies Prionailurus viverrinus atau lebih dikenali sebagai fishing cat. Ia adalah spesies kucing liar di Asia Tenggara.

“Ia agak mencurigakan, mengapa anak kucing itu ditemui tanpa ibunya,” tulis WFFT di halaman Facebook pada 9 Disember.

Ternyata beberapa tahun yang lalu, keluarga ini telah menemui ibu kucing itu di sawah padi. Mereka telah memelihara kucing tersebut sehingga ia cukup besar dan kemudian ia dibebaskan kembali ke hutan.

“Mereka memberitahu kami bahawa ibu kucing tersebut kadang-kadang kembali ke rumah mereka untuk melawat mereka,” tambah WFFT.

Pada suatu hari, keluarga itu melihat ibu kucing tersebut kembali lagi ke rumah mereka. Rupa-rupanya, ia baru sahaja melahirkan anaknya berdekatan dengan rumah mereka, di mana ia merasa selamat melahirkan anaknya di situ.

Ibu kucing itu mungkin dengan tidak sengaja menjatuhkan salah seekor daripada anaknya semasa membawa anaknya yang baru dilahirkan ke lokasi lain.

“Tidak lama selepas menemui anak kucing tersebut, mereka meninggalkannya dalam kotak selama beberapa jam untuk melihat jika ibunya akan kembali dan mengambilnya,” tulis WFFT.

Namun, ibu kucing tersebut tidak kelihatan.

Para penyelamat segera membawa kucing yang sejuk dan lapar itu ke Hospital Hidupan Liar (WFFT).

Di hospital, doktor haiwan, Aon memegang anak kucing yang jarang ditemui itu, dinamakan Simba, dekat dengan dadanya agar ia hangat.

Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam inkubator khas dan dijaga sepanjang masa oleh pasukan doktor haiwan WFFT.

Ia adalah amat penting untuk Simba bertahan hidup kerana kucing spesies ini kini menghadapi risiko kepupusan yang tinggi.

Di Thailand, sejak 15 tahun yang lalu, kemusnahan habitat, ditambah dengan pembunuhan haram yang telah menyebabkan populasi kucing spesies ini menurun.

Sayangnya, walaupun penjagaan yang sangat rapi oleh pasukan WFFT, Simba tidak dapat bertahan, dan mati pada 10 Disember 2016, pada 3:00 pagi di bawah pemerhatian doktor Aon.

Sumber: ERA BARU

Add Comment