Semenanjung Gaza Dibom Tentera Udara Israel

Semenanjung Gaza dibom tentera udara Israel awal pagi tadi selepas pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke selatan negara itu.

Semalam, tentera Israel mendakwa, satu objek tidak dikenali ditembak dari Gaza ke arah selatan Israel.

Menurut seorang jurucakap tentera, objek itu kemungkinan roket tetapi dimana ia jatuh tidak dapat dikenalpasti.

Sejak seminggu lalu, pejuang Palestin di Gaza menembak roket dan mortar ke arah Israel kerana marah akan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Sebagai tindak balas serangan dari Semenanjung Gaza sebelum ini, tentera udara Israel menyerang lokasi ketenteraan Hamas di selatan Gaza,” kata tentera.

Namun tiada laporan kematian daripada kedua-dua pihak.

Sementara itu, pegawai keselamatan di Gaza berkata, pesawat tentera Israel menyerang pangkalan laut Hamas di barat bandar Khan Yunis dan satu kawasan terbuka berhampiran.

Minggu lalu, pengumuman Trump telah mencetuskan bantahan di seluruh wilayah Palestin dengan empat terbunuh dan beratus lagi cedera dalam tunjuk perasaan atau serangan udara Israel setakat ini

Sumber – AFP

Add Comment