Sedih Kucing Saya Ditendang Penayah Ketika Cubaannya Menyelamatkan Nyawa Saya

Ganjaran Allah bagi manusia bila kita berbuat baik sesama makhluk. Pada 16 Januari 2018 terjadi satu kes pecah rumh, rumah saya kena pecah dan pada 16 januari 2018 juga mumy hilang oreo. satu-satunya anak mumy masa mula-mula mumy pindah rumah.

Tak sampai sebln mumy jaga awak.Mula-mula memang mumy tak dapat terima dan redha atas kehilangan awak oreo. Siang malam mumy merenung bilik awak Oreo. Teringat pada kamu sayang, bola yang oreo suka main, rantai Oreo, baju oreo, tilam oreo semua mumy simpan, mumy tak nak bagi siapapun.

Mumy demam hampir seminggu sebab mumy kemurungan atas kehilangan awak oreo, mumy tak kisah orang cakap mumy gila sebab mumy yang jaga oreo mana-mana mumy pergi oreo akan ikut. Mumy masih ingat lagi masa mula-mula mumy jumpa oreo, masa itu mumy nak buang sampah dan mumy terdengar suara oreo dalam kotak masa itu hanya Allah yang tahu betapa sedihnya mumy kamu kecil lagi masa tu.

Dengan telinga yang berulat, kaki patah, bau busuk, comot tetapi kamu tetap comel. Mumy bawa kamu balik, bagi susu dan bawa pergi klinik. Saat kamu jadi sebahagian dari hidup mumy dan dady rezeki kami bagai air terjun. Oreo mumy nak cakap terima kasih sebab selamatkan mumy masa penjahat itu cuba untuk masuk rumah, oreo meraung dengan kuat sebab nak bagitahu mumy. Kenapa oreo korbankan diri oreo untuk selamatkan mumy syg?

Depan mata mumy kamu ditendang nak, dengan badan kamu yang sebesar tapak tangan, mumy pula ditendang dengan kaki penjahat yang tak guna. Mumy cuba minta tolong dengan jiran dan cuba selamatkn kamu tapi mumy tak mampu, mumy minta maaf jauh di sudut hati Oreo tetap hero mumy.

Tak ada lagi yang tunggu depan pintu masa mumy mandi, tak ada lagi bunyi suara oreo minta susu dan makan, tak ada lagi oreo kejutkn mumy bangun pagi. Tak ada lagi penghibur mumy lepas penat bekerja. Tak ada lagi yang hiburkn mumy dalam kereta. Tak ada yang dapat gantikan kucing yang sehebat mcm kamu oreo.

Mumy dan dady really miss u my hero. Kan seronok kalau oreo dapat baca…..mumy dan dady wanna say thank you very much sayang for come to our life. Mumy harap oreo tenang di sana. Sumber: FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment