Sebagai Tanda Terima Kasih Anak Kucing Ini Mengenyit Matanya Pada Lelaki Ini

Seekor anak kucing kecil yang memerlukan bantuan diletakkan di klinik veterinar. Dengan segera mereka perasan sesuatu yang sangat istimewa tentangnya.

Kenalkan ini Yara, kucing istimewa yang bermata satu!

Yara memiliki “kenyitan” kekal sebab dia dilahirkan dengan hanya satu mata. Dia ditemui dalam kotak perhiasan Krismas dan dibawa ke pejabat doktor haiwan ketika dia baru berumur 4-6 minggu.

“Mereka yang membawa dia ke sini tak mahu mengambilnya semula jadi dia tinggal di doktor haiwan selama satu atau dua minggu untuk ujian kesihatan demi untuk memastikan dia sihat dan dapati yang dia memang dilahirkan tanpa sebelah mata.” Matty memberitahu Love Meow . “Dia memang kelihatan menawan sewaktu di klinik haiwan – sedikit garang apabila mereka cuba menjalankan ujian darah ke atasnya.”

Salah seorang kakitangan memberikan kucing kecil ini patung untuk dia berpelukan. Dia kemudian berlutut dan terus tertidur di atasnya.

Mereka tahu yang si kecil ini memerlukan rumah dan seseorang untuk dia cintai. Kakak Matty, Kayleen, yang bekerja di klinik, bertanya kepadanya kalau dia akan membawa anak kucing kecil ini ke rumah nanti.

“Saya memang tak boleh biarkan dia sendirian,” kata Matty kepada Love Meow.

Sebaik sahaja Yara tiba di rumah barunya, dia seolah-olah tahu yang tempat ini adalah miliknya.

Kawan patungnya juga turut ikut sekali! Seperti pakej dua untuk satu!

Dia memang penuh tenaga dan sentiasa suka bermain,” kata Matty kepada Love Meow.

Walaupun si kecil ini bermata satu, tetapi dia mempunyai personaliti yang lebih besar daripada matanya!

Salah satu perkara kegemarannya ialah berada berdekatan bersama ayahnya di dalam hoodie untuk dibawa berjalan-jalan.

Yara memang menyukai ayahnya dan akan mengikuti dia di mana sahaja dia pergi.

Kucing comel yang dijumpai di dalam perhiasan Krismas, sekarang mempunyai rumah yang penuh kasih sayang untuk cuti Krismas dan bahu untuk bersandar selama-lamanya!

“I’m on top of the world!”

Jangan lupa kongsikan cerita ini dengan rakan-rakan pencinta kucing anda yang lain!

Sumber:  EMAS PUTIH

Add Comment