Sayu!! Kakinya Lumpuh Dan Dia Terpaksa Menggunakan Sikunya Untuk Berjalan Dan Memburu Tikus

Tiada siapa yang mengatakan hidup ini mudah, tiada cabaran dan tiada ujian yang mendatang. Setiap orang punya cerita hidup yang tersendiri, cerita suka duka yang telah memberikan seribu satu pengajarn dalam hidup.

Tidak hanya manusia, haiwan juga memiliki hidup yang penuh ranjau terutamanya bagi yang terbiar, tidak terjaga oleh sesiapa pun ditambah lagi dengan kecaatan diri, pastinya sangat sukar.

Tetapi setiap yang diuji pasti kuat untuk menempuh segala ujian. Lihat sahaja kucing ini, bagaimana dia berjuang untuk meneruskan sisa hidup yang ada. Betapa kuatnya dia!

Si comel ini tinggal dan hidup di jalanan ketika menghidapi masalah fizikal yang serius. Dia tidak dapat berjalan di atas dua kaki depannya kerana saraf di dalamnya mati yang meneyebabkan anggota badan di bawah sikunya menjadi lumpuh.

Walau bagaimanapun dia masih boleh merangkak menggunakan sikunya, tetapi perkara itu boleh menyebabkan pendarahan dan kulitnya meradang.

Nasibnya berubah apabila dia terjumpa dengan seorang wanita yang baik hati untuk membawanya pergi serta mengubah hidupnya menjadi jauh lebih baik.

Tonton video di bawah untuk menyaksikan sendiri keadaanya semasa awal-awal dia diselamatkan. Anda pasti akan kagum dengan kekuatan yang dimilikinya untuk meneruskan hidup walaupun berhadapan dengan masalah fizikal.

Jika haiwan sekecil ini boleh melangkah dengan kuat walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian, mengapa tidak kita yang memiliki segalanya?

Save the kitty

Heart touching story 😢😢😢 Be strong kitty 👏👏👏 !!! There're good people everywhere 😌😌😌

Posted by Global cat network on 20hb Februari 2017

Add Comment