‘Saya Ingatkan Anak Saya Hanya Bergurau Manja Tetiba Dia Jatuh Rebah Tidak Bernyawa’

Menurut ayah arwah,pada awalnya menyangka anaknya itu bergurau manja kerana Sakaratul maut yang di alami oleh anaknya sangat berbeda dengan yang beliau pelajari.

Pada awalnya saya menyangka dia hanya bergurau manja,mulutnya mengucap dua kalimah syahadah,selepas itu arwah dah tak ada.kata beliau dalam rancangan tv selamat pagi hari ini.

Menurut bapa arwah lagi, dua abang arwah juga meninggal dalam keadaan khusnul khatimah.

Andi Ibrahim meninggal dunia saat sedang sujud menunaikan solat sunnah tasbih saat Ramadan ketika berusia 21 tahun.

Selang 3 tahun kemudian Andi Asri Adiknya juga berpulang dengan cara yang takjub. Menghembuskan nafas terakhir saat tahiyat akhir solatnya.

Sementara itu ibu arwah juga turut mengungkapkan beberapa hari sebelum arwah meninggal,anak gadisnya itu sempat berlutut dan mencium kaki ibuny dan meminta maaf.

Beliau yang masih dalam keadaan bersedih tidak menyangka anak gadis kesayangannya itu telah pun pergi menghadap ilahi.

Sumber: SEHINGGIT

Add Comment