Romantik Mereka Berempat Bersahabat Daripada Kecil

Singa kurang upaya yang dipelihara dan dibesarkan oleh penjaga zoo, John Reinke yang kudung kedua-dua belah kaki telah menjalinkan ikatan yang unik dan tidak dapat dipisahkan dengan empat ekor anjing sejak mereka kecil lagi.

Apabila Bonedigger masih kecil, ia mengalami penyakit tulang metabolik yang menyebabkannya kurang upaya sepanjang hayatnya. Dia dibawa ke Park Zoological Interactive Garold Wayne, dan penjaganya telah bertekad untuk memberikannya kehidupan yang penuh dengan kasih sayang. Ketika itulah dia mendapat idea yang menarik.

Malah, mereka juga berkongsi makanan

Jadi dia memperkenalkannya kepada beberapa kawan. Tidak terdapat banyak singa lain di Taman Haiwan Eksotik Wynnewood, Oklahoma, tetapi terdapat banyak anjing wiener.

Bonedigger dengan serta-merta tertarik kepada kumpulan empat ekor Dachshunds, tetapi tidak dengan cara yang anda jangkakan. Daripada melihat mereka sebagai hidangan makanan, singa ini menjadikan mereka sebagai kawan. Bonedigger akhirnya membesar sehingga 227 kilogram, tetapi itu tidak mengubah persahabatan antara mereka.

Bonedigger bersama anjing yang paling rapat dengannya yang dikenali sebagai Milo

Persahabatan unik antara mereka telah menarik perhatian semua orang yang menonton video mereka. Joe Exotic TV di YouTube telah berkongsi video mereka selama bertahun-tahun. Exotic memberitahu Today pada tahun 2013:

“Anjing-anjing itu hanya menganggapnya sebagai anjing besar dan mereka saling mengasihi.”

aSalah satu video yang paling popular menunjukkan Milo sedang membersihkan gigi Bonedigger. Tonton video tersebut di bawah:

Bonedigger tidak pernah menyakiti mereka, dan ia sangat melindungi saudara-saudaranya. Exotic berkata ia akan marah jika mereka mahu mengeluarkan anjing-anjing itu daripada sangkarnya. Malah, anjing-anjing itu juga tidur di atasnya.

Reinke kehilangan kedua-dua kakinya dalam kemalangan bungee jumping, dan merasakan hubungan istimewa antara singa kurang upaya serta anjing yang menerima dirinya walaupun mempunyai perbezaan.

Tonton video mereka di bawah:

Sumber:  ERA BARU

Add Comment