Remaja Wanita Melayu Tendang Kucing, Mana Keadilan Untuk Kucing?

Seekor anak kucing yang baru dilahirkan telah ditendang dengan kuat di bahagian rusuk kirinya oleh seorang remaja wanita melayu belasan tahun. Dia dan kawannya merakam video detik kucing tersebut ditendang ke dalam longkang dan mereka lakukan perkara itu dengan sengaja tanpa memikirkan kesan buruk pada kucing tersebut.

Anak kucing yang tak berdosa itu kelihatan sedaang mencari sesuatu di dalam longkang, mungkin mencari makanan atau minuman. Tapi dengan tiba-tiba dia terus ditendang dengan kuat oleh seorang remaja melayu perempuan kita.

Video yang berdurasi 13 saat itu menjadi viral di media sosial. Rata-rata netizen menghentam dengan komen

“Dua kes arini yg wat aku geram…betina nie yg sengaja sepak ank kucing dan satu lg budak lelaki si pembuli OKU…rasa nak jer aku pijak2 dua ekor SETAN nie.”

“Betul betul bodoh jahanam klo aku ada kst situ masa kau buat nahaslah kau bodohh”

“Tunggu ye dik balasan akan datang tak di dunia tunggu kat sana..”

Anak kucing itu melambung tinggi dan badannya terlanggar simen, akibat hentakan itu mungkin tulang rusuknya patah akibat di tendang. Yang sangat menggeramkan wanita dan tukang perakam boleh gelak ketawa selepas buat perbuatan zalim pada haiwan ini.

Video sengaja tak diletak dikhuatiri anda akan mencari gadis kejam ini lalu memukul dia. Untuk langkah keselamatan  dia kami hanya meletakkan screenshot kucing ini ditendang.

Kami dari pihak admin kelab pencinta kucing malaysia juga merasa geram sangat dengan tingkah laku wanita ini dan berharap dia akan ditangkap oleh pihak berkuasa atas kezaliman yang dilakukannya.

Kerajaan malaysia perlu mewujudkan undang-undang untuk melindungi haiwan seperti kucing daripada didera. Walaupun mereka hanya lah haiwan, tetapi setiap kezaliman yang dilakukan tetap tak berperikemanusiaan.

Bayangkan jika anda adalah seekor kucing kecil seperti ini

Related image

Ditendang seperti bola di bahagian rusuk, badan anda terpelanting ke  dinding kerana kekuatan penendangan itu. Pasti anda akan rasa tersiksa dan geram. Namun siapa lah haiwan nak membalas dendam kekuatan antara kita dan mereka juga jauh berbeza dan tak boleh disamakan.

Demi keadilan untuk kucing, share artikel ini ke dalam timeline anda, tag kawan anda yang kejam. Biarkan artikel ini viral dan kerajaan malaysia memandang serius isu pembulian haiwan ini?

Sumber: FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment