Reaksi Jakun Bayi Ketika Jumpa Kucing Mencuit Hati Netizen

Kebanyakan daripada kita terutamanya pencinta haiwan pastinya akan teruja apabila melihat kucing, anjing mahupun haiwan berbulu comel yang lain seperti arnab. Akan tetapi, keterujaan kita pastinya tidak dapat menandingi keterujaan yang ditunjukkan oleh bayi perempuan ini.

Sadie, 10 bulan yang baru bangun dari tidur telah mendapat kejutan daripada kedua ibu bapanya. Mereka ingin memperkenalkan Sadie kepada satu lagi ahli baru dalam keluarga mereka.

Pada mulanya, mereka menjangkakan pertemuan antara Sadie dengan kucing baru itu akan mencetuskan perasaan yang kekok tetapi sebenarnya tidak. Lebih mengejutkan, sebaik sahaja Sadie bertentang mata dengan kucing tersebut, bayi comel ini terus ketawa keriangan dan kelihatan sangat teruja!

Jika gelagat comel bayi ini tidak mampu membuatkan anda turut ketawa bersama, tak tahulah apa lagi yang boleh menghiburkan anda.

Sumber: ERA BARU

Add Comment