Reaksi Gedik Baby Kali Pertama Berjumpa Kucing

Kita mesti teruja apabila melihat kucing, anjing atau haiwan lain yang comel, tetapi mungkin tidak seteruja bayi ini. Sadie yang baru berusia 10 bulan, diperkenalkan dengan kucing keluarganya apabila dia baru sahaja bangun daripada tidur. Sadie kelihatan sangat teruja apabila ibunya membawa kucing keluarga mereka untuk diperkenalkan kepadanya.

Di dalam klip video tersebut, kelihatan Sadie yang baru sahaja bangun daripada tidur dan sedang berehat. Sadie melihat ibunya yang masuk ke dalam biliknya sambil membawa seekor kucing.

Setelah melihat ibunya membawa seekor kucing, Sadie kelihatan begitu riang sehingga ketawa.

Disebabkan keterujaannya itu, ibunya meletakkan kucing tersebut ke atas katilnya. Ia membuatkan Sadie semakin teruja. Apabila ibunya mengangkat kucing tersebut daripada katilnya, Sadie kelihatan bertenang untuk sementara waktu. Apabila ibunya meletakkan semula kucing tersebut, Sadie kembali ketawa dan teruja.

Add Comment