Ramai Posmen Berhenti Kerja!!! Setiap Hari Terpaksa Hantar 100Ribu Surat, Tapi Gaji Hanya RM 1400

Mungkin ada yang merasakan bahawa perkhidmatan menghantar surat menggunakan posmen sudah lapuk, tetapi ada segelintir penduduk dalam negara yang masih bergantung kepada perkhidmatan ini untuk menerima surat-surat mereka. Pun begitu, sebilangan penduduk tersebut dikatakan lewat menerima surat mereka dan mula merasa curiga.

Menurut WORLD OF BUZZ, kebanyakan penduduk di kawasan Taman Cheras Jaya, Taman Sri Cheras dan Kampung Baru Batu 11 Cheras membuat aduan bahawa penerimaan surat-surat mereka adalah melebihi tempoh yang sepatutnya. Perkara tersebut dikatakan telah berlarutan selama dua bulan sehingga penduduk mengambil inisiatif untuk menyiasat sendiri hal itu.

Hasil penyiasatan tersebut, penduduk mendapat tahu bahawa pejabat pos di Cheras rupa-rupanya tidak cukup pekerja kerana ramai posmen berhenti kerana tidak tahan dengan gaji mereka yang hanya cukup-cukup makan untuk menampung perbelanjaan seharian.

Oleh sebab ramai pekerja berhenti kerja, kini tinggal 29 orang posmen sahaja yang masih bertugas. Dengan jumlah posmen yang terhad, mereka terpaksa mengagihkan tugas untuk menghantar surat ke lebih kurang 100,000 alamat sehari!

Hanya diberi gaji RM1,400 sebulan, ramai posmen berhenti kerja untuk mencari kerjaya yang menawarkan bayaran lebih tinggi. Zaman kos sara hidup tinggi macam ni korang rasa cukup ke RM1,400?

Ternyata agak mustahil untuk 29 posmen lagi menghantar kesemua surat pada masa yang ditetapkan kerana secara rawaknya mereka perlu mengunjungi 50,000 rumah sehari, dan setiap posmen bertanggungjawab ke atas 1,700 alamat. Ini bermakna, mereka perlu menghantar surat ke empat alamat dalam masa seminit. Sempat ke?

Pada waktu ini, setiap posmen bertanggungjawab ke atas 1,030 alamat dan perlu menghantar minimum dua surat setiap minit. Dengan kekurangan staf yang mendadak, jumlah alamat yang perlu dikunjungi pasti akan berganda!

Dengan tugas yang perlu dilalui setiap hari oleh posmen-posmen tersebut yang hanya dibayar RM1,400 sebulan, tidak hairanlah jika ramai yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Kasihan mereka hanya dibayar RM1,400 walaupun terpaksa hantar beribu-ribu surat setiap hari. Pos Laju mungkin boleh fikir untuk menaikkan gaji pekerja sebelum ramai lagi berhenti kerja.

Sumber: LOBAK MERAH

Add Comment