Potong Rambut Dan Bulu Kucing Anda Di Cat Groomer Untuk Mendapatkan Hasil Yang Terbaik

Mungkin ada ketikanya kita memerlukan khidmat dandanan kucing atau nama glamernya cat groomer.

Perkhidmatan ini biasanya menawarkan pakej-pakej tertentu dan diperoleh samada di kedai binatang peliharaan atau klinik dan hospital veterinar.

Malangnya, bukan semua pendandan yang menyukai kucing jadi pandai-pandailah memilih orang yang akan mengendalikan kucing anda.

Ada pendandan yang mempunyai sijil dengan melalui satu atau beberapa siri kursus. Yang lainnya pula mendapat kemahiran hasil dari pengalaman sendiri.

Anda boleh mendapatkan sijil kemahiran dandanan kucing di Groomers Connection Academy. Mereka lebih banyak menawarkan kursus dandanan anjing tetapi untuk kucing juga disediakan.

Pendandan biasanya mempunyai kemahiran untuk:

  • Memotong kuku kucing.
  • Memandikan kucing.
  • Membersihkan telinga kucing.
  • Menyikat, memberus dan menggayakan bulu.

Bagaimana Memilih Pendandan / Tukang Gunting

Image result for kucing rambut

Pastikan mereka mempunyai capaian atau hubungan juga dengan klinik seandainya berlaku kecederaan ketika mengandam.

Untuk kes ringan seperti luka-luka kecil biasanya mereka boleh menguruskannya sendiri.

Jika kucing anda terlalu liar atau mempunyai penyakit kulit atau bulu yang teruk ada baiknya dihantar ke klinik kerana mungkin perapian untuk kes ini memerlukan bius.

Sekiranya anda tidak selesa mengendalikan kucing maka anda boleh hantarkan kucing anda menjalani khidmat dandanan ini lebih kurang 3 bulan sekali untuk mengelakkan bulu bersimpul terutamanya jika kucing anda berbulu panjang.

Gaya Rambut Kucing

Bulu

 

Biasanya gayaan rambut ini hanya popular untuk anjing. Tapi saya rasa kita pun pernah bertemu kucing-kucing yang digayakan dengan fesyen tertentu.

Ada yang digayakan dengan bentuk dinosaur, fesyen singa, sisik buaya dan sebagainya.

Saya kurang pasti dari segi manfaatnya kerana setahu saya hanya ada satu gaya sahaja untuk kucing iaitu cukur botak atau rapat.

Ertinya bulu kucing dicukur hingga ke kulit untuk membuang bulu simpul yang menyakitkan pada badannya.

Seberapa banyak yang perlu dicukur, seluruh leher atau jubahnya, atau hingga ke kaki atau ekor, bergantung kepada keadaan kucing itu sendiri.

Kucing yang dicukur mungkin tidak nampak cantik tetapi jika dibandingkan dengan betapa tidak selesa dan sakitnya penangan bulu simpul ini maka lebih baik kucing botak atau bertompok-tompok untuk seketika.

Selain itu anda juga boleh menghantar kucing anda untuk dimandikan dan disikat.

Kucing mungkin akan diletakkan dalam sangkar semasa proses pengeringan sambil pengering dihalakan kepadanya.

Dan semasa menyikat dan memberus pula mungkin ada dua orang yang diperlukan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa perlunya dihantar sekadar untuk mandi dan sikat?

Dalam keadaan biasa, tidak perlu pun.

Kita juga tidak perlu beli makanan bungkus kerana kita boleh memasaknya sendiri. Tapi ramai juga yang membeli. Keadaan bagi setiap individu tidak pernah sama.

Sumber: ALAM KUCING

Add Comment