Penyanyi Salma Asis Enggan Mengulas Insiden Suami Tangan Anak Dalam Air Panas

Penyanyi Salma Asis enggan mengulas lanjut berhubung insiden suaminya, Azri Abdullah yang didakwa mencederakan tangan anaknya, Putri Nurul Huda, dengan air panas sekitar Mei tahun lalu.

Mengulas mengenai kejadian yang menimpa cahaya mata sulungnya itu, Salma juga memohon agar masyarakat tidak menghukum mana-mana pihak dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak yang lebih arif.

“Masyarakat sekarang senang menghukum orang walaupun tidak tahu cerita sebenar-benarnya.

“Saya reda dan masih menunggu keputusan kes itu,” katanya.

Azri pada 14 April lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan mendera anak tirinya di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, pada 8 pagi, 5 Mei 2016.

 

Juara program Mentor musim kelima itu pertama kali berkahwin pada usia 17 tahun namun bercerai setahun kemudian.

Salma ditemui ketika majlis pelancaran muzik video Akhirnya Cinta di Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Muzik video yang memaparkan ekspresi solo Salma itu sudah mula ditayangkan di laman platform Youtube selain versi karaoke di semua cawangan Neway seluruh negara.

Dalam perkembangan sama, Salma bakal bersaing di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 bersama 29 buah lagu lain dengan mempertaruhkan single Akhirnya Cinta ciptaan Ajai.

“Menjelang Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 saya ada mengikuti kelas vokal dengan Ajai sebagai persediaan.

“Soal rezeki saya berserah sahaja pada Allah,” katanya yang pernah berentap di peringkat sama pada tahun 2011 menerusi lagu Aku Permata.

Sumber: Astro Gempak!

Add Comment