Pengunjung Panik Apabila Ternampak Seekor Badak Terapung Di Atas Air, Rupa Rupanya…..

Setiap haiwan sememangnya mempunyai tabiatnya yang tersendiri. Melihat tingkah laku mereka yang selamba seringkali membuatkan kita tersenyum sendiri. Ada sahaja yang dilakukan mereka yang boleh mencairkan hati sesiapa yang melihatnya.

Seperti badak air ini gelagatnya mengapungkan diri di atas air benar-benar mencuit hati. Pada awalnya tingkah lakunya itu menimbulkan panik kepada pengunjung di Taman Negara Kruger, di Afrika Selatan. Ramai yang terkejut melihat apa yang sedang berlaku, khuatir ada sesuatu yang tidak kena dengannya sehingga dia terapung di atas air.

Namun setelah mengetahui apa yang sedang berlaku, pengunjung mula lega dan ramai yang tertawa lucu. Rupa-rupanya dia sedang merehatkan diri di atas air. Santai nampaknya!

Gambar-gambar badak itu telah dirakam oleh seorang jurugambar, Jackie Cilliers, 52, yang terkejut dengan pemandangan aneh itu. Dia ketika itu dikatakan sedang bercuti bersama keluarganya telah mengambil gambar badak air itu dari jarak kira-kira 10 meter.

Bersantai! Badak air itu dilihat terapung, dengan hanya perutnya yang berwarna merah jambu yang kelihatan di atas permukaan air

Pemandangan aneh itu telah membuatkan Cilliers berfikir bahawa haiwan itu sedang mengalami kecederaan

Pada mulanya Cilliers berfikir bahawa mamalia itu mungkin tercedera. Tetapi selepas diperhatikan badak air itu tidak menunjukan tanda-tanda dia sedang sakit.

Dia bahkan sangat aktif bermain bersama kawan-kawannya. Mereka berguling-guling, berbaring dan menguap. Seronok nampak!

Terlantar di atas air; badak air itu keliahtan seperti terapung di Taman Negara Kruger di Afrika Selatan

Perbuatannya telah membuatkan pengunjung panik, khuatir jika dia tercedera, rupa-rupanya dia sedang berehat!

Perut di atas air; Ini mungkin caranya untuk menikmati cahaya matahari dari dalam air

“Pada mulanya saya fikir ia mungkin cedera atau sakit, tetapi dia tetap bergerak sebanyak beberapa kali,” ujar jurugambar itu. Menurutnya lagi badak air itu nampaknya benar-benar suka berbaring di dalam air dan sengaja membiarkan perutnya berada di atas permukaan air.

Menurut Cilliers lagi apa yang paling disukai tentang badak air itu adalah perutnya yang berwarna merah jambu itu kerana itulah kali pertama dia melihat sesuatu yang ‘aneh’ seperti itu.

Jurugambar Jackie Cilliers berada dalam jarak kira-kira 10 meter ketika dia menangkap imej yang menakjubkan ini

Ini dia badak air yang merupakan mamalia ketiga terbesar yang hidup di darat!

Sumber: ERA BARU

Add Comment