Pemuda Kaya Ini Membeli TV 100 Inci, Tetapi Tidak Dapat Dihantar Ke Rumahnya Kerana Lift Terlalu Kecil

Seorang pemuda kaya di China, Wang Xicong membanggakan kekayaan nya dalam media sosial dan baru -baru ini dia membeli televisyen berjenama Sony yang bersaiz 100 inci dan ini membangkitkan perbincangan netizen.

Baru -baru ini di Wuhan, seorang lelaki telah mengikut jejak Wang Xicong dengan membeli televisyen 100 inci dan proses pemindahan televisyen ke unit pangsapuri nya mempunyai masalah.

Dia tinggal di tingkat 23 bangunan pangsapuri walaupun ia mempunyai lif tetapi untuk memindah kan televisyen yang beratnya 220 kg itu ke unit apartmen nya bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Pengilang perlu menghantar lebih daripada 20 pakar untuk memindah kan televisyen tersebut dan mereka mendapati bahawa lif pangsapuri itu terlalu kecil untuk menampung saiz televisyen itu.

Selepas berbincang di kalangan mereka, mereka memutuskan untuk menggunakan kabel dan menarik televisyen itu ke atas dan kemudian melalui beranda mereka akan menarik nya ke dalam rumah.

Ia mengambil masa sekitar 9 minit untuk mengangkat televisyen itu ke tingkat 23 dan menunggu di beranda adalah 7 orang pekerja yang dengan teliti menarik televisyen ke bahagian beranda dan kemudian selamat masuk ke ruang tamu.

Akhirnya mereka dapat memasang televisyen itu dan netizen yang mengetahui dan melihat insiden tersebut mengejek budak lelaki itu: “Kenapa anda tidak membeli rumah banglo dahulu sebelum membeli televisyen besar?”

“Lif di sini terlalu kecil dan untuk memindah kan televisyen ini ke pangsapuri anda adalah sangat menyusah kan.”

“Beruntunglah pekerja pekerja di sini mempunyai idea yang bernas untuk memindah kan televisyen itu ke rumah anda.”

Dan akhirnya soalan lucu dan logik timbul. “Bagaimana anda akan memindah kan televisyen tersebut apabila anda berpindah nanti?”

sumber:Era Baru

Add Comment