Pelik Melihat Sikap Lembu Ini, Rupa rupanya mereka sedang Mengelilingi Alien Di Tanah

Ketika Ian Ellis sedang melawat Kawasan Pemeliharaan Alam Sekitar Frampton pada suatu petang, beliau membawa bersama-sama sebuah teropongnya dengan berniat mahu memerhati burung-burung di situ sahaja.

Tiba-tiba, melalui teropongnya, dia melihat sekumpulan lembu dalam bentuk bulatan tengah mengerumini sesuatu di tengah-tengah padang. Merasakan perkara itu agak aneh, Ian kemudiannya terus berjalan ke arah lembu-lembu tersebut.

Setibanya beliau di kawasan lembu itu, beliau terkejut setelah mendapati seekor anak anjing laut telah terperangkap di dalam lecak.

Beliau terus memberitahu penemuan beliau itu kepada pihak penyelamat binatang. Anak anjing laut betina itu telah diberikan nama Celebration sebelum ia dibawa ke Pusat Perlindungan Anjing Laut Skegness Natureland.

Baru berusia 5 hari, Celebration telah mengalami jangkitan paru-paru, dehidrasi dan malnutrisi dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Setelah menerima rawatan, kedaaan Celebration telah semakin pulih dengan beratnya yang semakin bertambah dan kemudiannya dibebaskan ke dalam habitatnya sebaik saja Celebration telah pulih sepenuhnya.

Sumber: TAIKOTAI.TV

Add Comment