Pelik, Aku Bagi Dia Makan Tapi Dia Langsung Tak Makan, Rupanya Usus Kucing Ini Terburai Daripada Perut

Semasa datang memberi kucing makan di pasaraya tadi saya  ternampak si bulus ni termenung kesorangan, seolah olah mengenang nasib nya sebatang kara.

Image may contain: cat

Saya merasa kasihan melihatnya lalu saya menghampirinya dan memberi dia makan, tapi dia langsung tak menjamah makanan yang saya hulurkan dan dia cuma minum air yang saya beri sahaja.

No automatic alt text available.

Saya berasa curiga tentang kesihatannya dan saya terus bertindak mengangkat untuk memeriksa badannya, saya terkejut beruk apabila mendapati usus duburnya terkeluar dia mungkin mengalami buasir.

No automatic alt text available.
Untuk  sementara waktu saya membersihkan dan menyembur ubat luka pada bahgian duburnya oleh kerana kesuntukan masa nak pergi kerja dan saya letakkannya dalam stor burger yg tak digunakan lagi.

Air dan kibles saya sediakan sekali. Esok pagi baru nak adoptnya kerumah..

Add Comment