Pelajar 8 Tahun Menerima Sumbangan RM 1.3 Juta

BEBERAPA hari yang lalu, tular kisah seorang budak lelaki di China yang terpaksa berjalan jauh untuk ke sekolah dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk.
Dek kerana jarak rumahnya yang agak jauh, rambut kanak-kanak itu telah diliputi ais dan ia kelihatan agak melucukan.

Gambarnya yang tersenyum dengan rambut berwarna putih akibat diseliputi ais itu turut mendapat perhatian dunia.

Wang Fuman, 8, difahamkan terpaksa berjalan selama satu jam dalam cuaca sejuk negatif sembilan darjah untuk menghadiri peperiksaan.

Namun, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Selepas kisahnya tersebar, Yayasan Pembangunan Belia Yunnan menyatakan pihaknya mula menerima sumbangan untuk kanak-kanak tersebut dan sekolahnya.

Daily Mail yang memetik Radio Free Asia melaporkan, mereka akan menerima sumbangan sebanyak 2.2 juta yuan iaitu bersamaan dengan RM1.3 juta!

Fuman dan pihak sekolah mendapat sumbangan terbabit selepas diuruskan yayasan milik kerajaan dengan kerjasama yayasan tempatan, Pembangunan Belia Zhaotong.

Begitu pun ramai yang mempertikaikan kenapa yayasan yang menguruskan sumbangan berkenaan kerana dikhuatiri ada yang tidak sampai kepada pihak sekolah dan Fuman.

Menjawab isu itu yayasan menjelaskan, tabung berkenaan dilancarkan bertujuan membantu murid miskin di wilayah berkenaan jadi tidak semua sumbangan itu untuk Fuman dan sekolahnya.

Jadi kalau di Malaysia, jangan jadikan alasan tidak datang ke kelas atau peperiksaan disebabkan cuaca sejuk. Di China cuacanya lagi ekstrim namun pelajarnya masih hadir ke sekolah.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Add Comment