Patutlah Bau Hangit, Rupanya Aku Termasak Kucing Aku Sekali

Si Putih selalu menemani aku di dapur terutamanya ketika aku ingin memasak, dia akan memerhatikan kelakuan aku seolah-olah ingin belajar memasak.

Aku sendiri pelik kenapa Putih gemar memerhatikan kelakuan aku. Mungkin dia mengumpat aku masak tak sedap atau mungkin dia suka bau ikan dan ayam ketika sedang di masak.

No automatic alt text available.

Aku selalu marah dia jika putih cuba mendekati dapur memasak semasa aku sedang memasak. Makin lama dia akan merapatkan diri ke kuali. Kadang hangin je melihat putih ni.

Namun, siang tadi aku ketika aku sedang masak aku terhidu bau hangit. Aku ingatkan ikan hangus jadi aku cubalah cari punca bau di kuali tersebut. Namun tak ada tanda hangus pun, aku cuba mencari bau tersebut dan aku amat terkejut melihat kucing aku seperti nak menangis.

Rupa rupanya dia terpanggang ekor dia di atas dapur memasak. Aku tak tahu nak ketawa atau nak sedih. Tapi rasa nak piat telinga putih kerana degil sangat. Nasib baik bukan api tak sambar bebird putih kalau tak hilang keterunaan putih.

Image may contain: stripes and outdoor

Dah tahu salah sekarang buat muka bersalah lepas tu buat muka ala-ala merenung masa depan, nasib baik kucing jantan. Kalau kucing betina hilang 3k hantaran. #CintaHatiMama #CintaAdik

 

Add Comment