Pakcik Ini Baru Berusia 18 Tahun Dan Seorang Remaja Di China

MELIHAT lelaki ini kali pertama, anda pasti meneka dia berusia 80 tahun.

Sebenarnya lelaki ini, Xiao Cui hanya seorang pelajar sekolah tinggi berusia 18 tahun yang mengalami keadaan kesihatan yang sangat jarang berlaku, menyebabkan otot muka dan kulitnya berkedut.

Cui bersekolah sekolah menengah di Harbin, China, tetapi anda tidak akan dapat meneka umurnya hanya dengan melihatnya wajahnya.

Dia lebih nampak seperti seorang pesara berbanding seorang remaja lelaki.

Dalam satu video Pear yang tular di China akhir bulan lalu, Cui berkata dia menyedari simptom pertama semasa sekolah rendah dengan wajahnya semakin berkedut sehinggalah ia menjadi seperti seorang lelaki warga emas pada masa sekarang.

Doktor belum memahami keadaannya, apatah lagi mencari cara untuk menghentikan penuaannya, jadi Cui tidak mempunyai pilihan selain menerimanya dan tetap positif.

Cui bagaimanapun bernasib baik kerana penyakit misterinya itu tidak memberikan kesan negatif terhadap kesihatannya dan keluarganya serta kawan-kawannya banyak memberikan sokongan untuk dia meneruskan kehidupan.

Dia adalah salah seorang pelajar terbaik di sekolah dan juga dikenali sebagai ‘Superman’ oleh beberapa rakannya kerana keupayaannya untuk cemerlang dalam pelbagai bidang.

Guru-guru juga memuji dirinya dan yakin walaupun berdepan kesulitan, dia dapat melanjutkan pengajian di universiti terbaik di China dan akan berjaya dalam apa jua tujuan bidang yang dipilih.

Remaja itu berkata kadang-kadang orang ramai mentertawakan penampilannya dan dia sangat sedih tetapi dia tahu satu-satunya cara untuk mengatasi keadaannya adalah untuk kekal positif.

“Saya berbohong jika saya kata saya tidak terganggu dengan penampilan saya, tetapi saya sentiasa menjadi orang yang positif, itu adalah kekuatan saya yang paling besar,” kata Cui.

Cui kini sedang berusaha untuk lulus peperiksaan dan berharap dapat diterima masuk ke Universiti Beijing atau Universiti Tsinghua, dua institusi pembelajaran yang paling berprestij di China.

Sumber: mStar

Add Comment