Padah Malas Bersenam Untuk Jadi Sado, Inilah Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini

Kebiasaannya, ramai lelaki yang mahukan bentuk badan yang sado terpaksa berusaha dengan menghabiskan masa berlatih di gimnasium.

Tetapi, berbeza dengan lelaki dari Pyatigorsk, Russia ini apabila telah menemui cara yang lebih mudah untuk memiliki otot besar idaman beliau dalam jangka masa yang pantas.

Bagi menjadikan mimpinya realiti, Kirill Tereshin sanggup menyuntik bahan berbahaya ke dalam otot lengannya bagi mendapatkan ukuran lengan yang besar seperti kartun Popeye.

Kirill telah memilih bahan yang dikenali sebagai Synthol untuk disuntik pada lengannya sejak beberapa bulan yang lepas yang membuatkan lengannya membesar sehingga 25 sentimeter dalam tempoh 10 hari.

Penggunaan Synthol dapat memberikan kesan sampingan seperti kerosakan saraf, strok, bengkat ataupun ulser di dalam otot.

Synthol yang mengandungi 85 peratus minyak, 7.5 peratus lidocaine dan 7.5 peratus alkohol itu memang merupakan bahan yang popular yang sering digunakan oleh ahli bina badan untuk mempercepatkan proses pembesaran otot mereka.

Menurut Kirill, pada beberapa hari yang pertama setelah menyuntik bahan itu pada lengannya, beliau mengalami demam panas sehingga terbaring di atas katil.

Meskipun kini beliau memiliki otot yang besar dan ‘mengancam’, tetapi hakikatnya kekuatan beliau tidak bertambah kerana otot tersebut tidaklah terbina secara semulajadi.

Sumber: Sehinggit

Add Comment