Oyen Aku Jumpa Kau Di Jalanan, Tapi Kau Mati Mata Tersembul, Daging Berkecai Kerana Dilanggar

?CORETAN BUAT SI OREN,
SI KUCING JALANAN?

2 hari yang lepas saya pergi order makan di kedai mamak, sedang saya  menunggu makanan sampai tu saya nampak si comel ni tengah gelisah menahan perut kerana kelaparan.

Jadi saya bagilah dia  makan dan memandangkan dalam kereta memang ada stok makanan kucing. Saya amat terkejut sangat kerana dia terlalu lapar sampai 7 kali dia tambah atau 7 genggam besar si oren tu makan.

Agaknya sudah berapa hari la dia tak dapat makan dan minum, kerana sebelum ni saya nampak si oren ni gigit-gigit plastik KFC ?.

Baru sekejap tadi hati saya meronta-ronta untuk menjenguk si oren yang kelaparan itu, saya tercari-cari dia di celah kedai tapi tak ada, saya hanya jumpa si hitam sahaja.

Saya merasa hampa sebab tak berpeluang bagi si oren makan, tapi tiba tiba baru je saya nak gerakkan kereta nak balik rumah. Saya nampak daripada jauh kelibat si oren terbaring kaku di tepi jalan. Saya dengan tergesa-gesa terus turun daripada kereta untuk tengok keadaan dia??. Rupa-rupanya si oren dah TAK ADA KERANA DI LANGGAR KERETA, MATA DIA TERSEMBUL BADN DAH KERAS DAN ADA KESAN DARAH. Tak sampai hati saya nak ambil gambar dia. Moga damailah dikau wahai si OYEN SAYANG?

Terima kasih kerana sudi baca ye kwn2 🙁

Add Comment