Otak Kucing Membeku Selepas Memakan Aiskrim

Aiskrim adalah makanan sampingan yang menjadi idaman ramai orang di luar tidak kira muda atau tua, kaya atau miskin pasti menyukai kemanisan dan kesejukan aiskrim yang baru keluar peti ais. Aiskrim coklat dan vanila merupakan aiskrim yang paling laku di pasaran, terdapat juga aiskrim keladi, strawberi dan sebagainya.

Seekor kucing yang bernama Napo tertanya tanya kenapa tuannya suka sangat makan aiskrim, dia yang ingin mengetahui rasanya telah meminta tuannya untuk menyuapkan aiskrim ke dalam mulutnya

Namun sesuatu yang sangat mengejutkan berlaku, reaksi wajahnya seakan akan mengalami brain freeze namun dalam beberapa saat dia seperti mengatakan “SEDAPNYAAAAA AISKRIM NI, PERTAMA KALI MAKAN MAKANAN SESEDAP INI”

Tidak cukup dengan sekali suap, dia menjilat untuk kali yang kedua

Namun reaksinya tetap sama, dia seakan akan mengalami otak kebas atau brain freeze namun boleh dilihat juga dia seperti menikmati makanan terlazat di dunia yang tak pernah dimakannya sebelum ini.

Memang tidak wajar seekor kucing diberi makan aiskrim tetapi video ini terlalu lucu untuk kami simpan sendiri.  Ini adalah pengalaman pertama beliau merasai aiskrim. Tiba-tiba sahaja beliau terhenti – rupa-rupanya kucing ini mengalami ‘otak kebas’ kerana makan aiskrim terlalu laju! Kucing ini mengeluarkan bunyi kesakitan, mujurlah ia sebentar sahaja, dan kemudian kucing ini menyambung semula menikmati aiskrim.

LENTERA EMAS

Add Comment