Orang GIla Tetak Kucing Aku Dengan Pisau

Satu gambar kucing malang yang dikongsi tuan punya kucing ini.. Gambar itu menunjukkan kucing yang dipanggil si Tam didera oleh manusia kejam!

Tuan si Tam ini fikir maybe kucing dia dilibas dengan parang.. Agaknya lah kan.. Luka si Tam itu teruk sangat, isi dah terbelah-belah macam itu sekali. Ngeri!

Kesian si Tam terseksa dan sakitnya menahan kesakitan disebabkan kekejaman manusia yang tak berperikemanusiaan langsung! Apalah salah kucing itu hah??

Kenapa sanggup buat macam itu sekali?? Tak kan lah disebabkan kucing itu menganggu ‘kententeraman’ hidup korang itu boleh aniaya kucing itu sampai macam itu sekali! Tak ada akal ke?? Kucing pun benda hidup..

Bukan boneka yang korang boleh sesuka hati saja! Kucing pun ada hak nak hidup dan disayangi seperti mana korang saling menyanyangi tau tak? Manusia yang buat kucing ini biar mendapat balasan suatu hari nanti atas apa yang dilakukan terhadap binatang..

Nabi Muhammad S.A.W pun sayangkan kucing dan tak sanggup nak jentik sikit pun.. Apatah lagi nak melakukan kekejaman seperti ini! Ingat binatang pun ciptaan Tuhan, kalau binatang diseksa seperti ini.. Orang yang buat itu pasti akan dapat balasan sauatu hari nanti!

Sumber:  MEDIA TERJAH

Add Comment