“Oh Mak Kau” Anak Panda Terkejut Nampak Batu

Semua pengunjung di safari dan taman tema di Jepun ini ingin melihat spesies panda merah yang comel keluar dan menyapa mereka. Semasa keluar dari tempat perlindungannya, tiba-tiba ia terperanjat besar dan hairan melihat benda di hadapannya.

Ramai yang tertanya-tanya, si panda merah ini terperanjat pada apa? Ada haiwan atau serangga lainkah di situ?

Pada hari ini, panda merah mengambil keputusan untuk keluar dan menyapa pengunjung serta ingin mengucapkan rasa terima kasih kerana telah datang melawatnya.

Tiba-tiba ia ternampak benda ini…

Terkejut betul… Apa benda ini?

Sehingga kakinya terangkat, dan berdiri sambil membesarkan diri dengan tangannya terangkat ke atas seperti takut atau geli melihat sesuatu.

Gelagatnya amat melucukan. Si panda merah takutkan benda ini… Batu besar di hadapannya itu!

Kemudian ia melihat-lihat batu itu, menghidunya beberapa kali dan membuat keputusan batu tidak berbahaya.

Jadi, tiada apa-apa. Hanya batu! Mahu masuk ke dalam dan berehat… Penatlah dengan rasa terperanjat tadi.

Mari tonton video si panda merah comel ini terperanjat besar dan hairan melihat batu di bawah. Pandai sungguh si panda merah membuat lawak!

Red Panda Encounters Rock

Red panda freaks out encountering a rock… ?

Posted by LADbible on 12hb April 2017

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment