Niat Nak Selamatkan Kucing Jatuh Perigi, Tapi Tak Sangka Kucing Ini Lagi Hebat Dari Ninja

Pencinta haiwan mungkin bersetuju, ia adalah sukar jika melihat haiwan di dalam kesusahan atau dalam situasi yang tertekan. Tidak dinafikan mereka akan menyelamatkan haiwan yang memerlukan bantuan.

Apabila seorang lelaki melihat anak kucing yang terperangkap di dalam lubang besar, inilah yang dilakukan olehnya. Dia mengambil tangga untuk turun menyelamatkan anak kucing yang terperangkap di dalam lubang besar tersebut.

Tetapi apa yang berlaku berikutnya adalah begitu mengejutkan membuatkan orang yang menonton video ini tertawa. Semasa dia menuruni tangga tersebut, anak kucing itu terkejut dan terus mendaki lubang itu dengan sendiri seperti ‘ninja’! Rakan-rakan lelaki itu ketawa terbahak-bahak melihat kejadian itu.

Ternyata video ini sangat lucu dan anda akan ketawa apabila melihat gelagat lelaki ini dan anak kucing tersebut.

Tonton gelagat mereka dibawah:

Sumber: Era Baru

Add Comment