Ngeri KLCC Dibina Tanpa Henti Walaupun Panas Dan Hujan

Menara berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai KLCC merupakan bangunan yang pernah diiktiraf sebagai bangunan yang paling tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh bangunan Burj Khalifa dan Taipei 101. Pembinaan menara ini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Namun, di sebalik kemegahan bangunan ini, tanpa kita sedari pelbagai usaha keras yang dilakukan oleh insan-insan di sebalik tabir kejayaan pembinaan KLCC ini. Usaha-usaha ini dijalankan tanpa henti bagi memastikan bangunan ini selamat dikunjungi.

Tun Dr. Mahatir pada ketika itu bukan sahaja mencetuskan ilham untuk pembinaan KLCC, malahan beliau juga telah memberikan idea membuat tapak bangunan tersebut. Akhirnya, bentuk Rubu’ Hizb (segi empat bersilang seperti penanda juzu’ dalam Quran) dijadikan sebagai tapak dan arkitek menambah baik lagi supaya lebih luas.

Bebenang kali ini bukan menceritakan kisah seram yang terjadi di KLCC, tetapi kejadian yang berlaku di luar fikiran kita semasa proses pembinaan KLCC.

PERKARA TENTANG KLCC YANG ANDA TAK TAHU, MEREMANG BULU ROMA SELEPAS MEMBACANYA.

Malaysia ketika itu tak ada lagi kepakaran bina pencakar langit. Perdana Menteri request design pelik-pelik yang tak ada lagi orang buat. Ikut kiraan, KLCC hanya mampu disiapkan dalam tempoh lapan tahun. Tapi bajet negara yang ada setakat enam tahun sahaja. Tapak cadangan KLCC ialah dataran batu kapur yang reput dan rapuh. Mustahil nak bina menara tinggi kat situ.

Iklim tropika di Malaysia ini menyebabkan banyak hujan, lebat pulak tu. Simen akan basah dan mustahil nak bina bangunan besar dalam keadaan macam tu.

Pada tahun 90-an, Malaysia belum maju dalam industri pembuatan keluli. Macam mana nak bina pencakar langit kalau tak ada batang keluli? Nak import dari luar pulak tak mampu. Salah satu tingkat KLCC terbina dengan konkrit lembut sebab kontraktor tak ikut spesifikasi. Bangunan tak ada tiang besi, agak-agak apa jadi?

Waktu pembinaan KLCC, berlaku serangan pengganas di Oklahoma, Amerika. Satu trak bom diletupkan depan Alfred P. Murrah Federal Building menyebabkan separuh bangunan tu runtuh. Yang menakutkannya ialah, bangunan tu SAMA macam KLCC juga, tak ada tiang besi.

Pengangkutan dalam bangunan tu satu hal. KLCC kecik tak boleh sumbat banyak lif dalam tu. Macam mana nak angkut ramai orang naik ke atas tu?

KLCC BERHAYUN. Semua bangunan tinggi berhayun. Bak kata arkitek dalam dokumentari tu, kadang orang boleh nampak air toilet berkocak sebab bangunan berhayun. Dalam kes KLCC, jambatan tengah tu boleh memburukkan keadaan kalau dua menara saling menarik antara satu sama lain!

Haa, ini masalah-masalah dia tapi ingat, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Jom baca penyelesaian dia pula.

Berdasarkan design KLCC, bangunan yang nampak macam dua batang jagung tu sebenarnya berinspirasikan budaya Melayu dan kesenian Islam. Waktu Tun Mahathir request nak bangunan ‘bercirikan Malaysia’. Mr. Cesar Pelli tanya ‘ciri Malaysia’ tu macam mana? PM pun tak tahu nak habaq.

Arkitek nampak ‘ciri Malaysia’ tu beridentitikan Islam, dia kaji kesenian Islam dan macam mana nak buat menara moden bersenikan Islam. Akhirnya, Tun Mahathir sendiri bagi idea buat tapak dia bentuk Rubu’ Hizb (segi empat bersilang seperti penanda juzu’ dalam Quran). Arkitek menambah baik lagi supaya lebih luas.

Disebabkan Malaysia mampu sediakan bajet untuk enam tahun saja, maka kerja pembinaan KLCC terpaksa dijalankan TANPA REHAT supaya dapat mencapai target masa tu. 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau terlajak sehari saja Malaysia akan menanggung kerugian RM700,00. Terlajak seminggu, rugi RM5 juta.

Kos tersebut termasuklah dengan gaji pekerja buruh dan pakar, sewaan jentera dan bukan kos bahan pembinaan itu sendiri. KLCC jadi tapak pembinaan yang tak pernah tidur. Satu lagi pendekatan, kerajaan upah dua kontraktor berbeza untuk siapkan dua menara supaya mereka saling bersaing dan menyiapkan kerja itu tepat pada masanya.
Tapak KLCC di tebing jurang batu kapur. Pada mulanya saya tak faham mana jurangnya? Rupanya ‘jurang’ itu di dalam tanah. Pening jurutera tengok tak ada tapak yang keras pun untuk dijadikan base KLCC. Kalau bina menara berat-berat di situ, endingnya nanti tenggelam dalam bumi. Jenuh mereka fikir, kaji pengalaman-pengalaman lepas, macam mana nak buat bangunan tinggi di tapak serapuh itu?

Akhirnya mereka cuba berfikir di luar kotak dan buat suatu yang baru untuk KLCC. Mereka bina sendiri tapak keras dan ‘pakukan’ KLCC 120 meter dalam tanah hingga melepasi ketebalan batu kapur. Disebabkan itu, asas KLCC dikira sebagai the deepest foundation in the world.

Waktu buat tapak itu, masalah hujan lebat berlaku. Mereka pening lagi dengan hujan KL ini. Lagi sekali mereka berfikir di luar kotak, mereka ‘payung’ tapak itu dengan kanvas besar seluas lima khemah sarkas sehingga tapak betul-betul kering dan keras, barulah pembinaan disambung semula.

Tiada keluli yang menepati spesifikasi. Fikir punya fikir, mereka cipta sebatian konkrit baru yang mampu menyamai kekuatan keluli. Menariknya, sebatian itu menggunakan bahan-bahan khusus yang terdapat di negara kita.

Nampaknya ‘darah daging’ KLCC itu sendiri tercipta dari tanah Malaysia dan kelebihannya, bangunan berasaskan batu ini lebih rintang terhadap angin.

Apabila dah sampai tingkat keberapa, jurutera dapat kesan kontraktor guna bancuhan konkrit yang tidak mengikut ‘resipi’. Mereka gelisah dan cuba membayangkan KLCC akan runtuh kalau diteruskan pembinaannya. Semua kerja berhenti. Mereka periksa balik banyak mana tingkat yang guna simen lembik itu.

Nasib baik baru satu tingkat. Dengan berat hati mereka terpaksa RUNTUHKAN BALIK tingkat yang rapuh itu dan bina semula ikut spesifikasi. Di dalam satu temu bual, memang mereka kecewa sangat sebab melambatkan masa dan membazirkan bahan. Tapi mereka kena buat juga demi menjamin keselamatan KLCC di masa depan.

Apabila separuh siap, senget pula satu menara. Senget beberapa milimeter sahaja. Katanya, tak menjejaskan struktur bangunan pun. Tapi untuk sebuah menara tinggi, mana tahu boleh jadi bahaya kan. Engineer dia mati akal terus, takkan nak robohkan balik 70 tingkat itu? Kesudahannya, mereka buat keputusan untuk terus bina tingkat yang berbaki, ikut hala bertentangan dari arah yang senget. Eloklah semula.

Mengambil iktibar dari bangunan runtuh di Oklahoma, jurutera buat test adakah KLCC dapat bertahan kalau tiang konkritnya diletupkan? Keputusannya amat memeranjatkan. Bukan saja kekuatan konkrit itu boleh bertahan, bahkan KLCC masih mampu berdiri tanpa 3 dari 16 tiang asas dia. Syukur. Kalau keputusannya tak baik, rugi usaha penat lelah mereka.

Apabila memikirkan risiko menara saling menarik waktu berhayun, jurutera membuat rekaan ‘sendi’ pada sambungan skybridge membolehkan ia bergerak. Kalau satu menara berhayun ditiup angin, tak ada la dia tarik kawan dia satu lagi.

Jangan korang bayangkan KLCC berhayun macam buai. Hayunan bangunan ini perlahan sangat, kita pun tak rasa.

Sumber: Soulusi Via The Reporter

 

 

Add Comment