Netizen Terkejut Mendapati Gajah Sedang Menghisap Rokok

SEEKOR gajah di India dilihat seakan-akan merokok apabila aksi yang dilakukan dirakam dan tular dalam media sosial yang menyebabkan timbul tanda tanya.

Melalui rakaman video oleh Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) yang dimuat naik melalui YouTube 22 Mac lalu memperlihatkan mamalia itu mengambil batang ketulan arang, meletakkannya di mulut hingga mengeluarkan asap besar di Taman Negara Nagarahole.

Para saintis India bingung dan masih belum dapat mencari jawapan kenapa gajah tersebut bertindak sedemikian.

Lapor Astro Awani, seorang saintis WCS India dan ahli biologi gajah, Dr. Varun Goswami mengemukakan teori yang menyatakan bahawa mamalia tersebut cuba untuk makan kayu atas alasan perubatan.

“Saya percaya gajah itu mungkin telah berusaha untuk menelan kayu arang.

“Mamalia itu kelihatan memetik kepingan kayu yang bertaburan di hutan terbabit, meniup abu lalu memakannya,” katanya.

WCS memaklumkan, kayu arang mempunyai toksin penguat yang boleh dijadikan ubat yang mampu menghalang racun dan juga berguna sebagai pencahar.

Dilaporkan, Taman Negara Nagahrole di timur laut India adalah rumah kepada spesies terancam termasuk gajah Asia, lembu bison India dan harimau. – MYNEWSHUB.CC

Add Comment